SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum...

Kepada semua saya ucapkan selamat berpuasa pada bulan ramadhan tahun ini.

BERITA EKONOMI

RINGGIT TERTINGGI.

Dijangka terus kukuh, cecah RM3 untuk AS$1.


KUALA LUMPUR 6 Ogos- Ringgit dijangka terus kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan berada pada paras. RM3.00 .

MERAKYATKAN EKONOMI NEGARA.

DUNIA kini tanpa sempadan. Pergerakan ekonomi semakin kukuh dengan dibantu teknologi terkini. Perdagangan semakin rancak seolah-olah dunia hanya sebuah kawasan perkampunganyang amat kecil. Inilah penangan dunia global. Tidak seperti dahulu, Segala-galanya semakin pantas pada masa ini.
Kepantasan ini menyebabkan manusia semakin asyik dengan kerja. Tidak kira siang dan malam, yang penting kekeyaan perlu dilipatgandakan. Masing-masing merebut peluang sedia ada untuk menambah kekayaan danwang ringgit serta harta benda. Ada yang menggunakan cara yang betul dan tidak ketinggalan dengan jalan yang salah.
Maka, lahirlah pelbagai jenis jenayah ekonomi sehingga meranapkan ekonomi global. Dari sekecil-kecil penipuan sehinggalah sebesar-besar penipuan ekonomi yang melibatkan skandal korporat dan negara. Inilah akibatnya apabila menghambakan diri pada wang ringgit. Integriti di tolak sejauh-jauhnya demi wang. Sikap membantu semakin pudar. Peniaga tidak lagi mementingkan kemasahatan ummah. Keuntungan sahaja yang dicari. Pekerja pula bermotivasikan hanya untuk bonus dan gaji.

Kuasa terbesar ekonomi kapitalis, iaitu Amerika Syarikat (AS) sendiri perlu menerima hakikat bahawa kapitalis menyebabkan jurang pendapatanrakyatnya semakin melebar. Kebanyakan bidang ekonomi AS dikawal oleh segelintir rakyatnya. Mereka inilah golongan yang sangbat kaya. Mereka menikmati 'KEK EKONOMI' sesama mereka.
Adakah Malaysia ingin menikmati jejak mereka? jawapannya tentulah tidak. kita tidak perlu acuan AS. Kita mengikut acuan sendiri.
Kini, rakyat malaysia yang berpendapatan tinggi hanya sekadar 20 peratus. Selebihnya berpendapatan sederhana dan rendah. Maknanya, majoriti rakyat Malaysia berada pada zon selesa. Disinalah pentingnya dasar-dasar ekonomi yang dirancang oleh kerajaan.




Saturday, December 5, 2009

Karya Lukisan Jintan Strawberi


Tema: Senyumam Izzah Farzana

Tema: Senyumam Adik


Tema: Senyuman Nur Fatihah